Thursday, July 30, 2009

Ini adalah posting lama dalam blog band aku.. because of some complaint, i put the full version here.. i have edited the one i posted in www.suarasiren.com.. because i love this post, it was my true feeling comes from my heart.

Apa aku pada waktu ini? adalah sebuah lagu dari Siren berinspirasikan waktu silam dan waktu kini di dalam diri seseorang. Lirik lagu agak general seperti banyak lagu2 siren yang lain jadi lebih mudah untuk relate dengan pendengar walaupun sebenarnya datang dari rasa yang amat dalam. Perasaan dalam yang digambarkan dalam lagu ini agak susah untuk difahami walaupun oleh anggota Siren sendiri.

Disebabkan kurang faham yang sememangnya aku biarkan sendiri diaorang faham ikut kefahaman masing2 supaya lagu ini masih boleh diterima oleh masyarakat, jadilah bagaimana lagu "Apa aku pada waktu ini" yang ada sekarang. Makanya.. lagu "Apa Aku pada waktu ini" pada waktu ini bukanlah lagu "Apa aku pada waktu ini" pada waktu itu disebabkan curahan idea dari kesemua 5 orang anggota Siren.

Yang dulu sedap ke tidak, yang sekarang menarik ke tidak.. adalah subjektif, pandangan manusia lain2, citarasa pun berbeza. Ada orang gambarkan lagu ini macam lagu ketuhanan (sebab ayat aku pernah berdoa ke?).. ada orang cakap lagu ini senang dikaitkan dengan kisah kehidupan dia dan ada juga kawan aku berterima kasih kat aku sebab lagu ini betul2 sama sepertimana perasaan yang dia nak luahkan pada masa ini.

Bagi aku, lagu ini agak gelap, agak sedih(semua lagu siren kot), agak emosi, agak tertekan, agak dalam dan agak nervous. Sebab itu aku tidak suka untuk berinteraksi dengan penonton di atas stage sambil tersengih2, mengajak penonton bertepuk tangan bersama2 dan tergedik2 yang tidak ketahuan. Aku perlu menjiwai lagu ini sebelum lagu ini bermula, kalo aku sengeh sekalipun hanyalah fake sebab aku x boleh nak bawak lagu ini dalam keadaan happy dan tergelak2. Selalunya di atas stage aku akan berada dalam situasi serba salah, apakah aku akan nampak sombong kalau aku tidak berinteraksi dengan penonton? apakah aku akan nampak bodoh kalau aku tersengih2? apakah aku akan nampak nervous sebab tidak berinteraksi dengan penonton?

Aku masih baru di atas stage. Aku terima segala kutukan, tapi aku ada pendirian sendiri, ada attitude sendiri, ada tone sendiri ada style sendiri. Aku tahu apa aku nak sampaikan dengan lagu yang aku nak nyanyi, cuma aku perlu support dari band members, support dari penonton dan pengalaman beraksi di atas stage. Aku bukan lahir dalam keluarga seni. Aku belajar main gitar tahun 2002. Aku mula menyanyi dalam band tahun 2006. Aku mula menyanyi atas stage bersama band hujung tahun 2008. So, akan banyak kecacatan aku ada, tapi aku cuba memperbaiki dari semasa ke semasa supaya apa aku pada waktu ini bukanlah diriku lagi pada waktu itu.

Aku mula menulis lagu tahun 2003. Lagu pertama bertajuk "Selamanya". Sebab aku baru break dan lagu selamanya menjadi inspirasi untuk aku menulis lagu. Ada beberapa orang yang impress dengan lagu pertama aku dan beri aku motivasi untuk teruskan menulis lagu. Terima kasih Shanaz, Shahrul, Batak, Alimp, botak dan seterusnya sebab bagi aku motivasi untuk terus berkarya.

Sampai sekarang dah ada lebih kurang 10 lagu yang aku dah tulis. Tapi aku tahu, karya yang aku tulis bukanlah karya yang senang diterima masyarakat disebabkan lirik, komposisi, susunan dan juga tone suara aku sendiri. tapi aku percaya lagu aku boleh diterima dengan gabungan cara permainan muzik, mixing dan imej yang betul. Jadi aku habiskan beribu-ribu duit untuk membeli alat muzik dan alat recording supaya aku dapat lahirkan bunyi muzik yang aku nak sendiri. Aku mula dari bilik aku berseorangan supaya aku dapat keluarkan idea aku sendiri 100% sebab masalah aku, aku senang dipengaruhi oleh elemen2 luar. Bila aku yakin dengan apa aku dah buat baru aku tunjukkan pada semua orang.

So, ini adalah lagu yang terhasil daripada aku, respect me and aku respect semua orang. Kalau dah semua orang x suka aku faham, so aku boleh quit, sebab aku bukan bodoh untuk paksa orang suka aku. Tapi sebelum tak suka aku, tolong faham apa yang aku nak sampaikan. Korang mesti fikir aku tulis ni sebab aku bengang kat sapa2.. tapi sumpah demi allah aku x bengang, cuma aku nak orang faham before orang x suka aku. Aku menulis ni tanpa ada perasaan apa2 kecuali lapar, ikhwan tengah tunggu aku nak pergi makan kat Plaza Damas. sorry ikhwan.. sket lagi. ;)

So, korang fikirlah sendiri apa maksud lagu ini.. it can be very deep for a deep person and can be nothing jugak kepada sape2 yang x pernah merasai kesusahan atau pengalaman sedih. yeahhh!!

=)

Shaf

Apa Aku Pada Waktu Ini

Apa aku pada waktu ini
Bukannya diriku pada waktu itu
Tiada dalam
Ingatanku

Waktu itu yang telah berlalu
Jangan cuba kau datang
Kepada diriku
Aku pernah berdoa
Kepadamu tuhan
Pada waktu itu

Terbangkanlah aku.. jauh
Hilangkanlah segala ingatanku
Aku mahu terus hidup

Tanpanya... ingatanku...
Ku tak mahu.. kembali
Pada waktu itu
takkan mampu
Menahan

sakitnya.. Membunuh.. jiwaku..
Pedihnya.. menyebak.. dadaku.....

Apa aku pada waktu itu
Ku tak mahu ada
Dalam memoriku

Terbangkanlah aku.. jauh
Hilangkanlah segala ingatanku
Aku mahu terus hidup

Apa aku pada waktu itu
Bukannya diriku.. lagi

Thursday, July 16, 2009

angry.. why?

People got angry sometimes. But some people got angry everyday, sometimes for a stupid reason. Even sometimes people create a reason to get angry. That is so annoying, pening kepala dibuatnya.

What would i do then with people like this?

to make thing worse.. its the people you love so much..

I have to think carefully, have to talk carefully, have to plan everything properly, so that every single thing i do won't create something that can make people mad. That is so tiring, plus there are lots of other things to take care of.

Is it because I am a bad or stupid people.. so people got angry with me?

Is it because this people is seeking some attention from me?

Is it because its a routine.. to get angry after some happy time?

answer me please...

Monday, July 13, 2009

God put a smile on my face again

Its been a while. Now i'm writing this blog again. Because somehow i feel my life getting happier and happier. Specifically i dunno what it is that make me happy, but seems i don't have any big problem to think of, and some part of my life is progressing.

Hopefully this feeling can stay longer, because i don't remember when was the last time i feel like this and if it vanish, i dunno when will i smile like this again.

So please stay!
 
\